Empat program latihan untuk membangunkan usahawanita di kalangan wanita Rohingya telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama MyCARE dan SME Bank.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta membuat duit melalui projek masakan dan kraf.
Melalui latihan membuat biskut raya serta kraf yang mudah seperti membuat pin, penanda buku, key chain membolehkan mereka memulakan usaha menjana dana secara kecil-kecilan dan berkumpulan.
Program yang diadakan di Johor, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah telah berjaya mengumpulkan 85 orang peserta wanita yang terdiri daripada ibu tunggal dan asnaf Rohingya.
Untuk peringkat awal projek, para peserta di latih membuat Biskut Cornflakes Madu oleh Puan Munirah Abdullah dan Cik Nurdinie Safiyyah Cheah.
Program di Johor telah diadakan di Sekolah MyC4RE iaitu sebuah sekolah kelolaan MyCARE dengan kerjasama UNHCR. 10 orang wanita telah terlibat dengan projek ini. Koordinator untuk projek di Johor adalah Cik Nor Shahidatul Akma Binti Mohd Noh.
Manakala program di Pulau Pinang melibatkan 25 orang peserta dengan 9 orang daripadanya adalah penerima bantuan (POC) sebelum ini melalui projek CBI – MyCARE dan UNHCR. Koordinator projek adalah Puan Nurul Ashikin Mohd Lazim.
Program di Kedah dan Selangor pula melibatkan 50 orang peserta. Koordinator Projek adalah Ustazah Farah Najwa dan Puan Zarina Abdullah.
Tiga program lagi akan diadakan di Lembah Klang yang merupakan gabungan kelas masakan dan kraf.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Selain daripada ilmu untuk menyediakan biskut dan kraft, konsep pemasaran turut diberikan kepada para peserta.
Para peserta juga diberikan sumbangan pek makanan yang mengandungi, beras, gula, kentang, bawang, mee, mee hoon, telur sebagai motivasi untuk mereka dalam usaha menjana kewangan sendiri di masa hadapan.
Turut bersama di dalam setiap program adalah Pengurus Besar MyCARE, Puan Roha Hassan serta sukarelawan MyCARE setempat.
“Nurturing Humanity, Making a Difference”
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas
2 comments
Assalammualaikum..good evening.. Can i ask about this link??Can i know what the best opinion you can suggest to me??
Waalaikumussalam wr wbt…
Thank you for your interest. Could you please contact us at +603-8941 2341 or e-mail projects@mycare.org.my for further discussion?
Thank you.