Pusat komuniti yang lebih selesa di Cox Bazar

Alhamdulillah! Pusat Komuniti Wanita dan Kanak-Kanak di Kem Kutupalong, Cox’s Bazar semakin membesar!

Pada tahun lepas (2018), Rose2Rose telah menubuhkan sebuah Pusat Komuniti Wanita dan Kanak-Kanak di Kem Kutupalong, Cox’s Bazar bagi memperkasakan wanita dan kanak-kanak Rohingya.

Kini, kerajaan Bangladesh telah bersetuju untuk membenarkan pusat komuniti Rose2Rose ini kekal dan dibina semula untuk keselesaan dan struktur yang lebih selamat.

Sebelum ini, pusat komuniti ini dilengkapi dengan kipas, solar panel dan berdindingkan buluh serta berbumbungkan atap zink serta lantai simen.

Keadaan yang panas serta gangguan bunyi menyukarkan lagi sesi pembelajaran lebih lagi kepada kanak-kanak Rohingya.

Terima kasih kepada para penyumbang Waqaf4Rose yang bersama-sama membina serta memperkasakan saudara-saudara kita.

Insya Allah pahala wakaf anda berterusan! Pusat Komuniti Rose2Rose menyediakan latihan vokasional seperti menjahit serta tempat pembelajaran kanak-kanak Rohingya.

Dengan pembinaan semula, insya Allah pusat ini mampu memberikan keselesaan dan kemudahan kepada lebih ramai penerima manfaat.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang secara ikhlas kepada etnik Rohingya melalui MyCARE dan Rose2Rose.

Dengan membawa misi memperkasakan wanita dan kanak-kanak, Rose2Rose menyeru kepada rakyat Malaysia untuk teruskan menyumbang melalui kami di:

Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE)

Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
JomPay: Biller code- 6197

Reference: WomenCenter

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember