MyCARE Kedah meneruskan program Solat Tarawih di Masjid Al-Muhtadin, Sungai Seluang, Surau Al-Kauthar, Taman Kempas dan Surau An-Nur, Perdana Height Lot 88 di Sungai Petani dan Kulim, Kedah dengan kehadiran imam dari Palestin dan 2 orang imam hafiz dari Tanzania.
Alhamdulillah program berjalan dengan lancarnya di Kulim dan Sungai Petani diselangi dengan tazkirah yang padu dan padat dengan nasihat yang ada kaitan dengan kepentingan meningkatkan kualiti ibadat di bulan Ramadhan Al-Mubarak, penyatuan umat Islam di seluruh dunia, bantuan berterusan kepada masyarakat Islam di Palestin, Syria, Yemen dan Afghanistan, bantuan kecemasan kepada komuniti yang memerlukan serta prihatin kepada isu semasa dunia yang sedang melalui fasa perubahan yang pesat serta persediaan untuk menghadapi segala macam kemungkinan.







Terima kasih dan jazakumullahu khairan kepada tuan-tuan Imam dan AJK yang memberi kerjasama dan dukungan kepada kejayaan program tersebut.
Bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah mempermudahkan segala urusan.