Rayuan Selamatkan Tanah Madrasah di Filipina

MEMERLUKAN RM120,000 SEBELUM 29 MAC 2018!
Graceville ialah sebuah kawasan di Bulacan. Ia terletak lebih kurang 3 jam perjalanan dari Manila. Di kawasan ini terdapat sebuah projek komuniti untuk orang Islam yang dinamakan Darul Ihsan.
PROJEK INI ADALAH UNTUK GOLONGAN MISKIN BANDAR.
Untuk projek ini, sebidang tanah telah dibeli secara ansuran dari pemilik asal. Ia telah dipecahkan kepada 420 lot berukuran 6m x 5m setiap satu. Lot kecil inilah yang ditawarkan untuk dimiliki oleh orang Islam untuk membina rumah sendiri.
Filipina ialah sebuah negara yang sangat terdedah kepada budaya barat, terutamanya dari Amerika Syarikat yang pernah menjajah negara ini. Para remaja dan anak-anak Islam turut terdedah kepada budaya dan gejala yang tidak sihat. Ramai di antara mereka yang tinggal di bandar besar turut hanyut bersama budaya ini. Tambahan lagi tiada pendidikan Islam secara formal boleh diperolehi di sini.
Atas kesedaran tersebut, sebahagian daripada penduduk Darul Ihsan telah BERUSAHA MEMBELI 5 lot tanah dan membuka sebuah MADRASAH bagi memberi pendidikan agama kepada anak-anak setempat. Pada peringkat awal, MyCARE telah menyumbang untuk melengkapkan pembinaan madrasah. Namun, belum pun madrasah lengkap berbumbung, ia telah mula digunakan.
Madrasah yang dinamakan sebagai Bulacan Integrated Learning Centre ini bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk Darul Ihsan, tetapi mendapat sambutan penduduk dari kawasan lain di sekitar Bulacan kerana ketiadaan madrasah lain. Hanya 120 pelajar sahaja dapat diterima untuk belajar di madrasah ini, kerana ruang sangat TERHAD.
Memandangkan madrasah yg dibina ini sangat dhaif dan sempit, maka MyCARE telah membantu untuk membeli 12 lot tanah tambahan untuk pembinaan madrasah yang lebih besar. Bayaran pendahuluan telah dibuat oleh pihak MyCARE melalui sumbangan yang diperolehi dari para penyumbang budiman di Malaysia. Malangnya, kerana kekangan kewangan, pihak yang menguruskan madrasah telah gagal untuk membuat bayaran seterusnya.
Terkini, mereka diberikan masa sehingga 29hb MAC 2018 untuk MELUNASKAN BAKI sebanyak RM120,000.00. Sekiranya GAGAL, pihak pemilik asal dan pemaju akan bertindak MENJUAL tanah tersebut. Jika ini berlaku, peluang untuk mendapatkan tanah lain seluas itu dan di kawasan yang strategik untuk orang Islam adalah sangat susah dan harganya lebih mahal. Oleh itu, demi ratusan anak-anak di Bulacan, Filipina, MyCARE menyeru sumbangan anda untuk menyelamatkan tanah ini.
 

DUA LANGKAH untuk MEMBANTU

 
1. INFAQ
secara ONLINE: www.billplz.com/savemadrasah
atau melalui akaun atas nama
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD
Maybank Islamic 5642 5856 0698
CIMB Islamic 8602 135 592
Letakkan ref ‘savemadrasah’ atau Whatsapp/Telegram infaq anda ke +6018-9089 282 (En. Sazlie).
2. SEBAR & TULARKAN
Sebar dan tularkan mesej ini kepada group Whatsapp/Telegram anda agar ramai pihak tampil membantu menyelamatkan anak-anak kita di Bulacan.
Segala bantuan dan pertolongan para dermawan, didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Selamatkan Madrasah Bulacan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember