KAJANG, 4 Februari 2018 – MyCARE telah menganjurkan Rohingya Food Festival bertempat di Sungai Sekamat. Program ini telah mendapat tajaan perubatan dari Beacon Hospital serta tajaan makanan dari Ivy Merah Project, Amani’licious dan para dermawan yang lain.
Pengunjung Rohingya Food Festival dapat menikmati masakan tradisional Rohingya yang luar biasa melalui jualan amal dengan pembelian kupon yang disediakan.
Makanan seperti Fakkon Fira, Misthi, Nuri Fira, Gusto Salon dan lain-lain disediakan oleh komuniti Rohingya di Sungai Sekamat.
Di samping itu, 15 sukerelawan pengamal perubatan dari Beacon Hospital juga memberi pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada 50 orang yang terdiri daripada warga Rohingya dan warga kampung setempat.
Tujuan aktiviti tersebut adalah memperkenalkan budaya dan tradisi Rohingya melalui makanan dan mengumpul dana untuk membantu pembelajaran anak-anak Rohingya yang memerlukan.
Semoga silaturrahmi antara dan sikap positif antara masyarakat setempat dan pelarian Rohingya semakin erat dengan adanya program-program seperti ini.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Beacon International Specialist Centre, Ivy Merah Project, Amani’licious dan para sukarelawan yang telah menjayakan Rohingya Food Festival.
“Nurturing Humanity, Making a Difference”
[MyRamadan] Syria terus diuji, tetapi kita tidak pernah berhenti
Alhamdulillah, dengan sokongan padu rakyat Malaysia, MyCARE telah berjaya mengagihkan 5,000 ikat roti kepada keluarga asnaf di Syria yang sedang bergelut dengan kemiskinan dan kelaparan.