Terima kasih, Malaysia!
MyCARE telah berada di barisan hadapan membantu mangsa banjir di seluruh negara. Setakat 15 Disember 2024, bantuan kecemasan kami telah menjangkau 52 lokasi di 6 negeri yang terkesan, termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, Selangor, dan Negeri Sembilan.
Dalam 31 operasi bantuan, berikut adalah impak yang telah kita capai bersama:
– Jumlah penerima terdiri daripada 2,079 keluarga dan 1,024 individu yang menerima bantuan.
– Bantuan yang telah disalurkan termasuk 5,880 pek roti, 575 pek makanan panas, 1,298 bakul makanan, 330 pek beras, dan 820 set tilam, selimut, serta bantal untuk memberi keselesaan.
– Sebanyak RM10,000 bantuan tunai juga telah diagihkan.
– Keperluan asas lain seperti 350 lampin bayi dan 2,033 botol air mineral turut disalurkan.
– Kami juga berjaya membersihkan 38 rumah dan satu kawasan taman, selain menjalankan aktiviti psikososial bagi memulihkan semangat mereka yang terkesan.
Namun, perjuangan masih belum selesai.
Banyak keluarga yang kehilangan harta benda kini bergelut untuk membina semula kehidupan mereka, terutamanya dengan ramalan cuaca yang menunjukkan hujan lebat akan terus berlanjutan.
Dalam keadaan seperti ini, setiap sumbangan anda membawa sinar harapan kepada mereka yang sedang menghadapi masa sukar ini.
Mari bersama kami membantu mangsa banjir. Hulurkan sumbangan anda di:
atau ke akaun CIMB 8602135592 atas nama Humanitarian Care Malaysia Berhad.
Bersama, kita bina semula kekuatan mereka.