Rumusan Bantuan Kecemasan Save Al-Aqsa

FASA 1

MyCARE telah menyalurkan sumbangan anda kepada saudara-saudara kita di Baitulmakdis dalam 2 fasa. Fasa pertama diagihkan ketika bulan Ramadan yang berupa:

1. Tajaan Iftar
2. Tajaan Sahur
3. Pek Bekalan Makanan
4. Bantuan Kewangan
5. Kit Kesihatan

FASA 2

Seperti kita semua maklum, keadaan di Baitulmakdis menjadi semakin tegang. Pertembungan antara orang awam dan pihak penjajah Zionis menyebabkan angka kecederaan meningkat.

MyCARE menghantar bantuan meliputi bantuan wang tunai kepada keluarga asnaf dan mereka yang cedera akibat kekasaran rejim Zionis, pek makanan dan kit kesihatan. Sebanyak RM414,100 telah disalurkan untuk fasa ini yang memberi manfaat kepada 950 keluarga dan 300 individu di Baitulmakdis.

Semoga bantuan ini terus memperkukuh semangat juang rakyat Palestin di Baitulmakdis.Untuk sumbangan ke Baitulmaqdis, salurkan ke » http://mycare.qrd.by/savealaqsa

atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad

CIMB Islamic 8602 13 5592

Rujukan: Save Al-Aqsa

Hantar bukti pembayaran melalui akaun bank sahaja ke:

No tel: 018 908 9282
E-mel: campaign@mycare.org.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid

MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini