“Sebak angkat mayat bayi…”

Jika di sini terkenal dengan ‘supermarket bencana’ seperti letusan gunung berapi, gempa bumi dan badai tsunami, maka pelengkapnya juga adalah ‘relawan bencana’.
Pak Abe, 61 tahun, telah bekerja sebagai penjaga di Rumah Sakit (hospital) Madani di Mamboro bersebelahan kota Palu sejak dari penubuhan hospital tersebut iaitu pada tahun 2005.
Ketika mendapat berita berkenaan bencana tersebut, lebih-lebih lagi mengetahui banyak korban berdekatan tempat kerja beliau, beliau terus bergegas dari rumahnya dan menjadi relawan bersama rakan-rakan lain mengangkat mayat sejak dari hari pertama.

“Ratusan mayat memenuhi kawasan tempat letak kereta hospital ini. Kebanyakan hanyut di hujung jalan hospital ini, iaitu di tepian pantai. Terdapat banyak sangat mayat remaja,” kata beliau.
“Walau bagaimanapun, saya terpaksa berhenti mengangkat mayat pada hari ketiga kerana mayat terakhir yang saya angkat adalah berupa seorang bayi yang umurnya lebih kurang setahun. Saya tidak dapat menahan sebak.”
Hampir sebulan rakyat Palu diuji perkara yang sangat luar biasa, ayuh sama-sama bantu!
http://www.billplz.com/tsunamisulawesi

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk

[MyRamadan] Tebing Barat, Palestin

Ramadan di Tebing Barat terus menjadi cabaran buat keluarga yang hidup dalam kesempitan.   Harga barang keperluan semakin tinggi, peluang pekerjaan semakin berkurang, dan ramai