Alhamdulillah ahli misi MyCARE ke Jordan selamat menziarahi Sekolah Teach For The Needs (TFTN) untuk anak-anak pelarian Syria di Jordan. TFTN adalah antara rakan kerjasama utama i4S Jordan selain TSDBJ.
Sekolah TFTN ini merupakan inisiatif para penuntut Malaysia di Jordan. Sekolah ini beroperasi setiap hari (termasuk Sabtu dan Ahad) dari 5.30-7.30 petang dan menempatkan hampir 80 pelajar dan beroperasi dengan bantuan 3 tenaga pengajar dari kalangan rakyat Syria sendiri juga para sukarelawan TFTN yang bergilir-gilir menyantuni anak-anak ini.
Selain Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Matematik, anak-anak turut diajar seni lukis, seni muzik, teater dan sebagainya bagi membentuk pelajar yang lebih kreatif. Pembelajaran seni juga mempunyai kesan teraputik kepada anak-anak ini supaya trauma yang mereka alami kesan daripa perang di Syria dapat dikurangkan.
Lagi gambar-gambar di FB MyCARE
Rombongan MyCARE juga sempat menyalurkan bantuan bernilai USD400 sumbangan rakyat Malaysia sebelum pulang. Sumbangan disampaikan oleh En. Saadon, Pengurus MyCARE Johor.
Sebahagian sumbangan kempen Misi MyCARE Jordan Humanity Beyond Borders ini akan disalurkan ke Tabung Meal4Them MyCARE bagi tujuan penyaluran bantuan makanan ke kem-kem pelarian Syria dan juga negara-negara lain yang memerlukan.
Sumbangan masih diperlukan! Jom realisasikan Humanity Beyond Borders melalui sumbangan ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad:
Recipient Reference: meal4them
Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602-135-592
Atau secara online di www.billplz.com/meal4them
Hantarkan butiran sumbangan ke alamat e-mel meal4them@mycare.org.my atau +6018 9089 282.
Untuk info lanjut tentang Sekolah TFTN ini, boleh lawati Facebook mereka.
[Banjir] MyCARE bantu pembersihan rumah mangsa
Lokasi: Taman Sri Bayu, Tumpat, Kampung Kelawar Kampung Lancang, Pasir Mas Jenis bantuan: Pek Makanan & Mencuci Jumlah: 30 buah keluarga Sukarelawan: