Seramai 34 orang anak yatim tajaan di Palestin berjaya ditemui

Sejak Taufan Al-Aqsa melanda Palestin pada 7 Oktober 2023, anak yatim Palestin di bawah Projek Penajaan Anak Yatim MyCARE telah menghadapi realiti perang yang pahit. Hari ini, MyCARE berbesar hati untuk berkongsi dengan para penaja bahawa seramai 34 orang anak tajaan ini telah berjaya dikesan dan dipastikan keselamatannya.

 

Alhamdulillah, sumbangan daripada para penaja telah disalurkan kepada anak-anak ini melalui rakan NGO pelaksana di Palestin. Oleh itu, MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan serta ruang masa yang telah diberikan oleh para penaja semenjak krisis perang berlaku di Palestin. Penajaan para penaja untuk anak-anak ini amat bermakna.

 


 

 

 

 

 

 

 

Namun, perjalanan kami tidak berakhir di sini. MyCARE dengan kerjasama rakan NGO di Palestin akan terus menjejaki anak-anak tajaan supaya penyaluran sumbangan dapat dilakukan dan membantu mereka meneruskan kehidupan. Oleh itu, para penaja boleh meneruskan pembayaran penajaan anak yatim biasa. Wang tajaan akan diagihkan kepada anak-anak tajaan apabila keadaan sesuai.

 

Salurkan sumbangan anda kepada anak yatim melalui:

 

Atau taja anak yatim secara bulanan atau tahunan. Penyumbang yang berniat menaja anak yatim boleh mendaftar di sini:

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali