Shopping Raya Asnaf

Hari Raya adalah detik yang penuh makna, tetapi bagi keluarga asnaf, persiapan menyambut Syawal sering kali menjadi cabaran.

 

Dengan sokongan daripada Kausar Group melalui inisiatif Kausar Kasih, sebanyak 8 buah keluarga asnaf telah diraikan dalam program Shopping Raya Bersama Asnaf di Mydin USJ, Selangor.

 

Setiap keluarga menerima bantuan RM500 untuk membeli kelengkapan Aidilfitri, memberikan mereka peluang menikmati kemeriahan hari raya seperti keluarga lain.

 

Selain itu, setiap keluarga turut menerima sekotak roti 7 Days dan goodies khas daripada Kausar Group sebagai tanda ingatan dan kasih sayang.

 


 

 

Program ini turut dihadiri oleh Tuan Khamarul Azhar Hashim, Pengarah Urusan Kausar Wealth Management, dan Tuan Haji Kamarul Halim Sakrani, Pengurus Kanan Projek MyCARE, yang menyaksikan sendiri kegembiraan anak-anak asnaf memilih pakaian baru dan kelengkapan raya bersama keluarga mereka.

 

Bantuan ini bukan sekadar menyumbang kepada persiapan raya, tetapi juga membina kenangan indah dan memberi harapan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

 

MyCARE mengucapkan terima kasih kepada Kausar Group atas keprihatinan ini.

 

Semoga lebih ramai dapat bersama-sama berkongsi rezeki dan membawa senyuman kepada mereka yang memerlukan.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk

[MyRamadan] Tebing Barat, Palestin

Ramadan di Tebing Barat terus menjadi cabaran buat keluarga yang hidup dalam kesempitan.   Harga barang keperluan semakin tinggi, peluang pekerjaan semakin berkurang, dan ramai