[SiapSiaga] Disaster Risk Reduction di Kampung Sri Langkas Tambahan

MyCARE dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam, NADMA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat cawangan Subang Jaya telah menganjurkan program Disaster Risk Reduction bersama Komuniti Kampung Sri Langkas Tambahan pada 30 Oktober 2022.
 
Para peserta terdiri daripada AJK persatuan penduduk dan penduduk sekitar telah mendapat taklimat mengenai pengurusan bencana dan taklimat berkaitan dengan Pengurusan Pusat Perpindahan Sementara daripada Mejar (PA) Juddie bin Turusi, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Petaling, dan Puan Noor Anida binti Abdul Hamid, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya.
 


 

 

 

 
Turut hadir Tuan Ustaz Fauzan Rosli, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Subang Jaya.

 
Bersempena program ini juga, MyCARE menyerahkan 20 set jaket keselamatan dan sebuah pelampung keselamatan bagi tujuan kesiapsiagaan bagi penduduk Kampung Sri Langkas Tambahan.
 
Tabung Persediaan Banjir MyCARE diaktifkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Salurkan sumbangan anda di:
https://mycare.qrd.by/bencana
 
Sukarelawan MyCARE dalam mode bersiap siaga.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[MyRamadan] Tebing Barat, Palestin

Ramadan di Tebing Barat terus menjadi cabaran buat keluarga yang hidup dalam kesempitan.   Harga barang keperluan semakin tinggi, peluang pekerjaan semakin berkurang, dan ramai

Infaq 10 akhir Ramadan

Di Yaman, sekitar 500,000 kanak-kanak memerlukan rawatan untuk kekurangan zat makanan yang teruk, dan 17.8 juta orang kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan asas.Di Gaza, serangan

Shopping Raya Asnaf

Hari Raya adalah detik yang penuh makna, tetapi bagi keluarga asnaf, persiapan menyambut Syawal sering kali menjadi cabaran.   Dengan sokongan daripada Kausar Group melalui