Sidang Media Winter Relief 2016

AMPANG, 23 Nov 2016 – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah melancarkan kempen Winter Relief 2016 dalam satu sidang media bertempat di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sebentar tadi.
Kempen Winter Relief 2016 mensasarkan bantuan musim sejuk berjumlah RM 2 juta yang akan dihulurkan kepada rakyat Palestin di Gaza, pelarian Syria, pelarian Iraq dan Yaman. Pakej bantuan ini berupa alat pemanas, pakaian dan makanan.


Ahli Lembaga Pengarah MyCARE, yang juga ahli misi Women’s Boat to Gaza, Dr Fauziah Mohd Hasan berkata, jumlah sasaran kutipan untuk kempen berkenaan tahun ini meningkat sebanyak 30 peratus selepas melihat peningkatan jumlah pelarian ketiga-tiga negara terbabit.
“Peningkatan ini selari dengan pertambahan jumlah pelarian dan permintaan khususnya di Gaza, Aleppo, Taiz serta wilayah di utara Iraq.”
Beliau juga menceritakan pengalamannya di dalam satu misi kemanusiaan pada musim sejuk di tempat yang bersuhu dibawah 0 darjah celcius. Derita pelarian-pelarian ini bertambah apabila tiba musim sejuk kerana barang-barang persediaan musim sejuk tidak mencukupi dan suhu sejuk yang melampau telah menyebabkan kematian saban tahun.
Selari dengan kempen ini, satu misi kemanusiaan ke Iraq akan dilaksanakan pada bulan Disember yang diketuai oleh Dr Mohd Tahir Abdul Rahman selaku Ahli Pemegang Amanah MyCARE.
“Misi ini bertujuan untuk menyampaikan bantuan musim sejuk secara terus di 3 buah kem pelarian (IDP) di 2 buah wilayah autonomi Kurdistan di utara Iraq iaitu Wilayah Erbil dan Wilayah Dohuk. 3 kem IDP yang akan dilawati tersebut ialah Al-Khazir Camp, Debka Camp dan Al-Jud’ah Camp. Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah berjumlah RM450,000 dan melibatkan 1,000 keluarga yang melibatkan pelarian Syria di Iraq selain pelarian Iraq sendiri.”, ulas beliau.
Kempen Winter Relief 2016 akan berlanjutan sehingga bulan Januari 2016. Penyaluran sumbangan-sumbangan akan disampaikan kepada mereka yang memerlukan sebelum tibanya musim sejuk.
Bagi yang ingin menyumbang, hulurkan sumbangan anda sekarang atas nama:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904
3) CIMB: 8602-135-592
Emelkan slip/bukti sumbangan ke account@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 019-655 1948.
Maklumat lanjut boleh didapati di:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali