[SidangMedia] Misi Pelayaran Break the Siege

Misi Freedom Flotilla ke Gaza Aktivis dari seluruh dunia bakal berkumpul di Istanbul pada 18 April 2024 untuk terlibat dalam persiapan akhir sempena misi Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla pada tahun ini. Mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini bersatu di bawah gerakan Freedom Flotilla Coalition (FFC).
 
Objektif penubuhan FFC pada tahun 2010 adalah untuk memecah kepungan di Gaza yang berada di bawah kepungan Israel selama lebih 17 tahun. Tiga buah kapal akan belayar pada April 2024, terdiri daripada satu kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang.
 
Kapal-kapal ini akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk 8 buah ambulans.
 

 

 

 

 

 

 

 

 
FFC telah menerima 11,000 permohonan terdiri lebih daripada 30 buah negara, seramai 1,000 peserta telah dipilih termasuk 20 orang daripada Malaysia terdiri daripada pengamal media, doktor dan aktivis kemanusiaan.
 
Selain itu, misi bantuan kemanusiaan ini adalah gerakan akar umbi dan multinasional untuk mencabar sekatan haram Israel ke atas wilayah Gaza selain memberi kesedaran dan semangat kebersamaan masyarakat antarabangsa dengan saudara-saudara kita di Gaza.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Antara NGO Antarabangsa yang terlibat ialah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Insani Yardim Vakfi (IHH), Ship to Gaza Norway, Rumbo A Gaza, US Ship to Gaza, Sweeden ship to Gaza, Canadia Boat to Gaza, Freedom Flotilla Italia, Kia Ora to Gaza, Palestine Solidarity Alliance, Mavi Marmara Freedom and Solidarity Association, Miles of Smiles, Free Gaza Australia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid

MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini

Melakar Strategi Rose2Rose 2025

Tahun 2024 telah menjadi saksi kepada pelbagai pencapaian bermakna dalam usaha R2R, khususnya dalam membantu wanita dan kanak-kanak di negara yang bergolak dan sedang mengharungi