TiAdam merupakan mangsa kezaliman rejim Zionis dan kemiskinan.
Pada suatu hari, ayah Adam sedang bertukang menggunakan grinding machine. Tiba-tiba, bekalan elektrik tertutup dan disambung semula dengan arus elektrik yang kuat.
Disebabkan itu, bilah pisau mesin tersebut meletup dan pecah sehingga terkena mata Adam yang ketika itu hanya berusia 7 bulan.
Untuk pengetahuan anda, bekalan elektrik di Gaza dikawal oleh rejim Zionis. Mereka boleh sesuka hati menutup bekalan, atau mengehadkan masa penggunaan.
Sejak dari insiden itu, Adam sering mengatakan dirinya, “Saya tidak sempurna” apabila berada di depan cermin. Adam juga tidak mahu keluar rumah melainkan memakai cermin mata.
Adam dipinggirkan rakan-rakan sebaya dan hilang keyakinan diri.
MyCARE bekerjasama dengan al-Rezwan Medical Center (satu-satunya pakar pembuatan mata palsu di Gaza) untuk mengubah hidup Adam.
Sebiji mata palsu ini beranggaran USD3,000 jika diimport dari luar negara, tetapi mata palsu ini merupakan produk made in Gaza dengan kos tidak lebih dari USD1,000.
Kini, Adam lebih yakin dengan dirinya, tersenyum riang, dan lebih selesa untuk tidak memakai cermin mata hitam.
Pada pandangan Adam, dirinya sesempurna seperti kanak-kanak lain.
Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika
Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat