Soal jawab sumbangan Palestin

Waalaikumsalam wbt.
 
Boleh.
 
1. Laporan Audit yang terkini adalah pada tahun 2022.
 
2. Juru audit kami di Malaysia ialah JSA Chartered Accountants. Seperti namanya, mereka adalah juru audit yang bertauliah dan berdaftar dengan Malaysian Institute of Accountants.
 
Di Gaza, juru audit kami ialah Talal Abu-Ghazaleh (TAG.Global), sebuah firma audit bertaraf antarabangsa dengan lebih 100 cawangan di pelbagai negara.
 
3. Laporan audit boleh didapatkan di laman web rasmi kami di https://www.mycare.org.my/laporan-audit/
 
4. Kami berpengalaman menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak tahun 2010 lagi. Kami berdaftar di Gaza, mempunyai akaun bank di Gaza, dan mempunyai pejabat yang diuruskan oleh seorang pengurus dari kalangan rakyat Palestin sendiri sambil dibantu 4 orang lagi kakitangan dan puluhan sukarelawan yang lain. (https://www.mycare.org.my/gaza-office/)
 
Insya Allah, pengalaman lebih 13 tahun akan kami manfaatkan sebaik-baiknya untuk menyampaikan sumbangan tuan/puan kepada penduduk Gaza yang memerlukan.
 
Untuk makluman, kami telah pun menyalurkan bantuan awal FASA 1 bernilai RM236,000 dalam bentuk bantuan perubatan dan pek makanan. Kami sedang menyusun bantuan yang seterusnya dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan Malaysia. Mohon doa daripada tuan/puan semoga sempadan Rafah dibuka agar bantuan selanjutnya dapat disalurkan dengan kadar segera.
 
Wallahua’lam.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali