Sumbangan Misi Flotila ke Gaza

Tiga belas orang aktivis dari Malaysia akan bersama Flotila ke Gaza bermula Mei sehingga Ogos 2018. Kini misi ini berada di fasa akhir iaitu perjalanan dari Itali dan akan menuju ke Gaza!
Misi yang diberi nama “Right to a Just Future for Palestin” adalah anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC), gerakan solidariti akar umbi masyarakat antarabangsa dengan matlamat untuk menamatkan kepungan haram Israel ke atas Gaza.
Antara ahli FFC yang akan terlibat dalam misi kemanusiaan ini ialah Ship to Gaza Norway, Canadian Boat to Gaza, Ship to Gaza Sweden, Rumbo a Gaza Spain dan MyCARE.
Penyertaan rakyat Malaysia dalam misi ini sekaligus mewakili rantau Asia Tenggara khususnya, dan negara-negara Islam amnya dalam usaha menghentikan keganasan dan ketidakadilan Zionis Israel ke atas Gaza.
Misi kali ini akan menaiki kapal yang diberi nama Al Awda (Pulang) adalah kesinambungan dari 2 misi yang MyCARE sertai sebelum ini iaitu Mavi Marmara (2010) dan Women’s Boat to Gaza (2016). Kami memerlukan sumbangan RM100,000 untuk kos keseluruhan misi ini termasuk bekalan ubatan.
Ayuh membantu melalui 2 langkah berikut:
 

1. INFAQ

secara ONLINE: www.billplz.com/flotilagaza
atau melalui akaun atas nama HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD
MAYBANK ISLAMIC: 5515-7500-4299
CIMB ISLAMIC: 86-0213559-2
BANK ISLAM: 1209-20100-34904
 

2. MAKLUM PADA KAMI

Letakkan ref ‘flotila’ atau Whatsapp/Telegram infaq anda ke +6018-3832458 (En. Aiman)
Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda semua!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali