Sumbangan perubatan ke HKL

Menyahut rayuan para frontliners yang bertungkus-lumus membantu dan merawat pesakit-pesakit COVID-19 dengan pelbagai kekurangan peralatan di hospital-hospital awam, MyCARE telah menyalurkan bantuan peralatan ke Hospital Kuala Lumpur pada 23 Ogos 2021.

Antara peralatan yang disumbangkan adalah:

1. Oxygen concentrator 10L – 2 unit
2. IOB Warming unit – 1 unit
3. Warming blanket – 5 kotak
4. Sinitizer – 300 unit
5. Mask N95 – 300 unit

Penyerahan bantuan ini disampaikan terus kepada pihak Hospital Kuala Lumpur yang diwakili Datuk Dr. Mahathar bin Abd. Wahab; Pakar Perunding Kanan Perubatan Kecemasan dan merupakan Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ibrahim serta Dr. Azman wakil Jabatan Kecemasan & Trauma HKL.

MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang MyCARE dan Yayasan Buruj atas sumbangan dalam Tabung Bangkit COVID-19. MyCARE menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama kami dalam Tabung Bangkit COVID-19 untuk membantu frontliners dan rakyat Malaysia yang terkesan. Bantuan ini merangkumi dari aspek peralatan, pendidikan, makanan dan lain-lain.

Rakyat Malaysia yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan anda ke:
https://mycare.qrd.by/covid

Suka untuk kami kongsikan pengurusan sumbangan anda melalui MyCARE diuruskan dengan amanah. Kami di-audit oleh top 5 firma terbaik antarabangsa iaitu firma BDO serta laporan kewangan boleh didapatkan di SSM setiap tahun. Pengiktirafan lain seperti pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia dan United Nation boleh rujuk di laman web MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada

Pek makanan untuk komuniti Rohingya Johor

Menyantuni komuniti Rohingya di sekitar Kampung Teluk Serdang yang diuji dengan musibah banjir serta bingkisan menjelang Syawal untuk memberikan sedikit kegembiraan dan senyuman menjelang syawal