Sumbangan set kebersihan & alat tulis ke kem pelarian Syria

Di dalam lawatan ke kem pelarian Syria di Jordan pada awal Oktober lalu, wakil MyCARE, Puan Roha Hasan selaku Pengurus Besar Operasi MyCARE telah menyalurkan sumbangan set kebersihan dan set alat tulis kepada 30 buah keluarga pelarian Syria dengan kerjasama i4Syria Jordan.
Puan Roha Hasan serta aktivis-aktivis i4Syria Jordan turut mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak pelarian bagi menceriakan mereka. Aktiviti seperti ini amat penting bagi memulihkan keadaan mereka dari segi psikososial akibat trauma dengan perang dan kehidupan yang serba dhaif.





Sebahagian anak-anak ini tidak mempunyai peluang untuk bersekolah kerana terpaksa bekerja di kebun-kebun bagi mendapatkan pendapatan keluarga.
Khemah-khemah yang didirikan juga kelihatan sangat dhaif.




Lagi gambar-gambar di album MyCARE
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang MyCARE yang prihatin dengan nasib saudara-saudara kita.
Tidak dilupakan kepada para aktivis i4Syria Jordan yang telah banyak membantu di dalam lawatan ini.
“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid

MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini