Sumbangan Tadika Darul Ilmu kepada MyCARE

SKUDAI, 17 Februari 2022 – Majlis ringkas simbolik serahan sumbangan tajaan Care4Yateem dari warga rangkaian Tadika Darul Ilmu kepada MyCARE Johor berjumlah RM57,056 berupa mock cheque yang telah berlangsung di Tadika Darul Ilmu Mutiara Rini.

 

Serahan telah dibuat oleh Pengurus Besar Tadika Rangkaian Darul Ilmu, Puan Hajjah Helena bt Hussin, anak-anak dan guru-guru dari Tadika Darul Ilmu Mutiara Rini. Serahan mock cheque telah diterima oleh Encik Mohamad Saadon Suleiman selaku Pengurus Operasi MyCARE Johor.

 


 

 

 

 

 

Dalam masa yang sama, pihak MyCARE Johor juga telah berbesar hati menganugerahkan sijil penghargaan kepada semua tadika dan tabika yang terlibat sebagai salah satu sistem sokongan dalam program tajaan anak-anak yatim di bawah kelolaan MyCARE pada kali ini.

 

Semoga Allah S.W.T ganjari semua penyumbang dan penderma dengan sebaik-baik ganjaran.

 

MyCARE
‘Nurturing Humanity Making A Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali