Sejumlah 44 buah set toto telah diserahkan kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau, Johor Bahru untuk diagihkan kepada murid-murid dari SK Kangkar Tebrau yang terkesan akibat banjir yang telah melanda beberapa penempatan dan sekitar sekolah tersebut.
Serahan telah dibuat oleh Pengurus MyCARE Johor, Cikgu Rozi Abdul Ghani kepada Guru Besar Sekolah Rendah Kangkar Tebrau, Che Noriza untuk diserahkan kepada mangsa banjir yang terlibat.
Dalam masa yang sama program serahan sumbangan ini telah dibantu oleh beberapa orang AJK serta sukarelawan MyCARE Johor.



Manakala bagi pihak pelajar pula ibubapa yang berkenaan telah turut hadir pada hari tersebut.
Jumlah keseluruhan sumbangan untuk SK Kangkar Tebrau dalam nilaian ringgit adalah RM2,420.00.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang budiman semoga diganjari dengan sebaik-baik ganjaran.
Buat semua mangsa banjir semoga tabah dan sabar sentiasa kami semua doakan dalam mengharungi ujian pada kali ini dan semoga Allah SWT gantikan dengan sebaik-baik keadaan.
MyCARE
“Nurturing Humanity Making A Difference.”