Tabung Kecemasan Banjir


 

Sehingga 6:00am 20 Disember 2022, seramai 63,415 orang mangsa terjejas dengan bencana banjir di 5 buah negeri.

 

Luruan monsun dijangka berterusan sehingga 25 Disember membawa episod hujan lebat menurut MET Malaysia yang akan menghujani Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

 

Beberapa hari ini, kita dikongsikan video dan gambar situasi banjir oleh para mangsa sendiri. Keadaan yang sangat buruk ini telah mengorbankan beberapa mangsa termasuk seorang bayi 15 bulan, Mohamad Putera Zafran serta 3 orang adik beradik yang terkena renjatan elektrik.

 

Tular juga video mangsa banjir yang merayu nenunjukkan sebuku roti sebagai bekalan terakhir mereka. Ada juga berkongsi keadaan ibu bapa yang uzur ketika banjir mencecah paras dada.

 

Dengan itu, MyCARE merayu untuk bersama kami meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat melalui Tabung Bantuan Bencana Banjir.

 

Salurkan sumbangan anda di:

 

Sukarelawan MyCARE dalam mode bersiap siaga.

2 comments

    1. Harap tuan berhubung dengan pihak bertanggungjawab di kawasan tuan. Mereka akan kenalpasti jumlah mangsa yang terlibat dan jenis bantuan yang diperlukan. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah. Terima kasih.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Anak Yatim Syria Perlukan Bantuan

Foto-foto yang kami sediakan ini adalah wajah anak-anak yatim Syria yang diraikan dalam Program Iftar Perdana MyCARE, Ramadan baru-baru ini. Ada di antara mereka ditaja