Tabung Kecemasan Gaza 2019

Gaza dikejutkan dengan beberapa siri serangan rejim Zi0nis lsrael yang mengakibatkan lebih 24 orang terbunuh.

Bandar Gaza menjadi sunyi kerana sekolah, kedai dan tempat awam ditutup. Masing-masing mencari perlindungan di dalam rumah.

Namun jauh di dalam hati mereka, mereka tahu rumah mereka tidak mampu menangkis bom-bom yang dijatuhkan dari pesawat Zi0nis.

Bedilan-bedilan bom Zi0nis tidak memilih mangsanya. Yang terkini, kanak-kanak, wanita dan orang tua turut menjadi mangsa.

Bingit dentuman bom sekali-sekala memecahkan kesunyian bumi Gaza diikuti dengan jeritan-jeritan mangsa. Hospital dan bilik mayat adalah tempat yang paling bising buat masa ini.

Rakyat Malaysia sentiasa mendokong perjuangan Palestin dan bersimpati dengan apa yang sedang berlaku di Gaza.

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) serta agensi-agensinya memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang prihatin dan dermawan untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin.

Tabung Kecemasan Gaza ini akan disalurkan kepada saudara-saudara kita di Palestin umumnya dan di Gaza khasnya.

Salurkan segera sumbangan ikhlas anda di:
https://www.billplz.com/demipalestin

Sumbangan anda amat diperlukan bagi membantu meringankan beban-beban mereka.

Palestin memerlukan kita di saat ini. Adakah kita akan menyambut tangan mereka?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit