Tabung Pemulihan Gaza

Selepas gencatan senjata yang dicapai pada 19 Januari 2025, penduduk Gaza kini memerlukan kemasukan bantuan sesegera mungkin.

Berikut adalah statistik terkini mengenai kemusnahan di Gaza selepas gencatan senjata pada 19 Januari 2025.

Kematian dan Kecederaan:
Sejak 7 Oktober 2023 hingga 28 Januari 2025, sekurang-kurangnya 47,354 rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk 17,492 kanak-kanak, dan 111,563 cedera.
(ochaopt)

Kemusnahan Infrastruktur:
Dianggarkan hampir 60% daripada semua bangunan di Gaza telah rosak atau musnah, dengan kawasan paling teruk terjejas adalah Bandar Gaza.
(Aljazeera)

Kemusnahan Infrastruktur Kritikal:
84% infrastruktur kritikal, termasuk kemudahan air dan elektrik, telah terjejas teruk, menyebabkan gangguan besar kepada perkhidmatan asas.
(Aljazeera)

Statistik-statistik ini menunjukkan betapa mendesaknya keperluan untuk menghantar bantuan secepatnya di Gaza.

Melalui kempen Tabung Pemulihan Gaza, MyCARE berusaha untuk menyediakan bantuan yang amat diperlukan oleh penduduk Gaza.

Bantuan yang akan dihantar berupa:

Makanan Panas (RM50):
Menyediakan hidangan panas kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat kemusnahan.

Bakul Makanan (RM100):
Mengagihkan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, dan tepung untuk meringankan beban mereka.

Bekalan Air Bersih (RM100):
Menyediakan air minuman yang selamat dan bersih untuk keluarga yang terkesan seperti pembinaan telaga atau agihan air

Bantuan Perubatan (RM200):
Menyediakan ubat-ubatan dan keperluan rawatan kepada hospital dan klinik yang masih berfungsi.

Bekalan Tenaga Solar (RM300):
Membekalkan sistem tenaga solar untuk keperluan tenaga di hospital, sekolah, dan kem pelarian.

Bantuan Khemah, Tilam, Selimut, dan Pakaian (RM300):
Menyediakan perlindungan asas bagi keluarga yang kehilangan rumah mereka.

Setiap sumbangan anda, walaupun kecil, mampu memberikan impak besar dalam usaha ini.

Marilah kita bersama-sama menunjukkan solidariti dan membantu mereka yang memerlukan di:

https://mycare.qrd.by/palestin

atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592

Sila hantarkan bukti sumbangan ke email account@mycare.org.my atau WhatsApp ke http://wasap.my/60166366369

Semoga usaha kita diberkati dan menjadi sumber kekuatan bagi saudara-saudara kita di Gaza.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk

[MyRamadan] Tebing Barat, Palestin

Ramadan di Tebing Barat terus menjadi cabaran buat keluarga yang hidup dalam kesempitan.   Harga barang keperluan semakin tinggi, peluang pekerjaan semakin berkurang, dan ramai