Bermula tahun 2017, pelajar-pelajar ini telah memulakan pengajian dalam Fakulti Perubatan di Universiti Islam Gaza. Namun, ketika mereka menghampiri kemuncak usaha mereka, baki yuran pengajian yang tertunggak menjadi penghalang untuk melangkah ke dalam kehidupan profesional mereka.
Alhamdulillah, tali harapan muncul dari 7,500 kilometer jauhnya – dari negara Malaysia. Rose2Rose, sebuah agensi di bawah MyCARE telah menaja lapan pelajar perubatan melalui projek Anak Angkat Bestari di peringkat akhir mereka. Matlamat utama: Mengubah mereka menjadi doktor bertauliah yang bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat Palestin.
Kini, pelajar-pelajar ini mengakhiri perjalanan sukar mereka dan menikmati kegembiraan bersama keluarga mereka. Terima kasih rakyat Malaysia kerana melahirkan graduan doktor yang akan berkhidmat di Palestin.
Teruskan membantu di:
https://mycare.qrd.by/educationr2r
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas