MyCARE dan IKRAM Health telah menaja pakaian musim sejuk kepada 30 orang anak yatim dan tajaan makanan selama 1 bulan di rumah anak yatim yang diuruskan oleh NGO EHSAS.
Dilaporkan anak-anak ini memerlukan penajaan sekitar USD70.00 sebulan untuk setiap individu dan dengan keadaan ekonomi Afghanistan yang masih dalam keadaan yang tidak baik, maka bantuan dari luar negara amat-amat diperlukan.
Institusi ini menempatkan 30 orang anak yatim lelaki dari seluruh negara bersama seorang warden, 3 orang guru dan seorang tukang masak.








Turut diadakan majlis keraian antara ahli misi dengan anak-anak yatim serta pemeriksaan kesihatan oleh pasukan doktor dari IKRAM Health.
Misi Kemanusiaan Afganistan MyCARE 2.0 menyasarkan bantuan fokus kepada wanita dan kanak-kanak sebagai keutamaan bantuan selain daripada bantuan perubatan.
Ayuh kita bersama ringankan beban mereka di :
“Nurturing Humanity, Making a Difference”