Tasbira Initiative

Tahniah sekali lagi kepada rakyat Malaysia! Kerana bantuan anda, nama Malaysia semakin dikenali di bumi Gaza!
Gambar-gambar menunjukkan sukarelawan MyCARE di Gaza sedang mengedarkan pek makanan berbuka kepada orang ramai yang sedang pulang dari tempat kerja. Projek dinamakan Tasbira Initiative ini telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia di dalam MyRamadan yang sedang berlangsung.








Lagi gambar-gambar di album Aqsa Syarif
Setiap hari di bulan Ramadan, seramai 120 orang sukarelawan kami di seluruh wilayah Gaza mengedarkan pek makanan yang mengandungi kurma, air mineral, yogurt dan manisan (yang dibuat dari keluarga miskin) untuk diberikan kepada penduduk Gaza yang sedang berkerja, anggota polis, kanak-kanak, keluarga yang berbuka di tepi pantai akibat ketiadaan elektrik dan ramai lagi.
Kami mewakili rakyat Palestin di Gaza mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam projek ini.
“Sesiapa yang menjamu makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia akan memperolehi pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”
(Hadis riwayat Imam Tirmidzi bertaraf hadis hasan sahih)
Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita dari 21 buah negara belum lagi mendapat Tajaan Makanan dan Hadiah Raya.
Jom bersama kami membantu mereka! Derma segera di https://www.billplz.com/myramadan
“Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada

Pek makanan untuk komuniti Rohingya Johor

Menyantuni komuniti Rohingya di sekitar Kampung Teluk Serdang yang diuji dengan musibah banjir serta bingkisan menjelang Syawal untuk memberikan sedikit kegembiraan dan senyuman menjelang syawal