Shakira M Cairoden, 14 tahun, mengucapkan terima kasih kepada MyCARE dan keluarga angkatnya kerana telah memberikan peluang kedua kepada beliau dan ibunya.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada MyCARE dan keluarga angkat saya di Malaysia kerana telah memberikan saya satu lagi peluang baru selepas diuji dengan kehilangan ayah kami.”
“Keluarga kami adalah mangsa ribut taufan Vinta yang berlaku pada akhir tahun 2017. Rumah dan harta benda kami semuanya musnah menyebabkan kami berada dalam kesempitan untuk meneruskan hidup biasa. Terima kasih MyCARE dan penaja kami di Malaysia kerana membantu anak lelaki kami yang kehilangan ayahnya. Semoga Allah memberi ganjaran kepada kalian,” Ini pula luahan hati Zolaica M. Romanggar, ibu kepada Nasih bin Ansary, 17 tahun.
Itulah antara nukilan oleh ibu tunggal dan anak-anak yatim yang disantuni oleh wakil MyCARE semasa lawatan di Marawi, Filipina. Bagai jatuh ditimpa tangga, Anak-anak yatim di Marawi, Filipina ini turut terkesan dengan konflik yang berlaku baru-baru ini.
Untuk misi kali ini, 41 orang anak-anak yatim ini telah menerima bantuan kewangan daripada para penaja Program Tajaan Anak Yatim Filipina, sejak tahun 2016. Jumlah bantuan yang diagihkan adalah sebanyak RM30,000. Melalui wang tajaan tersebut, anak-anak ini dapat menampung perbelanjaan kelangsungan hidup mereka khususnya berkaitan pendidikan, kesihatan, pakaian dan makanan.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Untuk maklumat lanjut berkenaan Projek Tajaan Anak Yatim MyCARE, mohon hubungi Bahagian Penajaan MyCARE di talian 03-89412341 / 013-7444760 atau e-melkan ke sponsorship@mycare.org.my.
Borang penajaan online boleh didapati di sini: http://bit.ly/JomTaja
Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid