KUALA LUMPUR, 18 Okt 2016 – Ahli Misi Women’s Boat to Gaza, Dr.Fauziah Mohd Hasan dan Puan Norsham Abu Bakar berkesempatan bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak di bangunan Parlimen hari ini. Turut hadir pada pertemuan ini adalah Dr.Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Tuan Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar, CEO MyCARE.
Ahli misi #WomensBoattoGaza mengucapkan terima kasih atas sokongan dan bantuan daripada Wisma Putra yang mengikuti perkembangan misi dari hari pertama sehingga saat-saat Dr.Fauziah ditawan oleh askar zionis Israel. Dato’ Seri Najib menyatakan sokongan terhadap usaha ini dan juga sokongan terhadap saranan pihak pusat Freedom Flotilla Coalition (FFC) untuk menjadikan Malaysia sebagai penganjur utama untuk misi akan datang.
Dato’ Seri Najib juga turut menyatakan bahawa isu Palestin ini dekat di hati beliau. Pada tahun 2013, Najib telah membuat lawatan khusus di Gaza, Palestin dan bertemu Syeikh Ismail Haniyeh sebagai tanda solidariti terhadap isu ini. Dato’ Seri Najib telah memberikan peruntukan untuk membangunkan semula pejabat pentadbiran Gaza, hospital, bangunan sekolah dan sebuah masjid di Gaza.
Pertemuan tersebut disambut oleh Ustaz Abdul Haris Bain, wakil Pemegang Amanah Aqsa Syarif dengan menyarungkan mafla Palestin kepada Dato’ Seri sebagai tanda penghargaan. “Terus berjuang bela Palestin”, antara nasihat yang disampaikan oleh Dato’ Seri Najib Razak kepada ahli misi.
[Banjir] MyCARE bantu pembersihan rumah mangsa
Lokasi: Taman Sri Bayu, Tumpat, Kampung Kelawar Kampung Lancang, Pasir Mas Jenis bantuan: Pek Makanan & Mencuci Jumlah: 30 buah keluarga Sukarelawan: