The Body Shop telah bekerjasama dengan Rose2Rose, sebuah inisiatif di bawah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), dalam menyokong projek Gaza Home of Hope & Love untuk anak-anak yatim di Gaza melalui program The Body Shop Changemaking Campus.
Setiap pembelian daripada rangkaian British Rose, The Body Shop akan menyumbang RM1 untuk menyokong projek Gaza Home of Hope & Love. Rose2Rose menyokong komuniti rentan seperti wanita dan kanak-kanak yang terjejas akibat konflik peperangan, menyediakan peluang pendidikan dan pemerkasaan wanita dan kanak-kanak.





Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek ini, boleh layari www.thebodyshop.com.my/tbs-rose2rose-donation.