Tragedi Hama atau Hama Massacre (Pembunuhan beramai-ramai Hama) berlaku sepanjang 2 – 28 Februari 1982 apabila tentera Syria di bawah arahan Presiden Syria ketika itu, Hafeez al-Assad bertindak mengepung Bandar Hama selama 27 hari 26 malam bagi menghapuskan pemberontakan dan pejuang Ikhwanul Muslimin Syria terhadap dasar pemerintahan kuku besi Hafeez al-Assad. Operasi ketenteraan di Hama ketika itu diketuai oleh Jeneral Rifaat al-Assad bersama 12,000 tentera lengkap bersenjata.
Menurut data Syrian Human Rights Committee (SHRC), seramai 40,000 rakyat Syria terbunuh sepanjang 27 hari tersebut dan kebanyakkan yang terkorban adalah terdiri dari rakyat awam iaitu wanita, kanak-kanak dan warga tua.
Amnesty International berkata, tentera Syria bermula dengan mengebom bandar lama Hama dari udara untuk memudahkan laluan pasukan tentera dari darat dan kereta kebal. Selama 4 hari kereta kebal memusnahkan bangunan dan binaan di kota lama Hamadan terdapat juga laporan bahawa pihak tentera Syria menggunakan Hidrogen Cyanide untuk membunuh penduduk awam.
Sumber: A Land in the Shadow of Death (Robert Fisk)
[Belasungkawa] Ucapan Takziah Atas Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi
1. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) merakamkan ucapan takziah atas pemergian ke rahmatullah Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada jam 7.10 malam tadi di Institut Jantung