Training of Volunteer (TOV) sesi Oktober 2021

Ingin menjadi sukarelawan tapi tak tahu bagaimana nak bermula? Ketika dunia sedang menghadapi ujian COVID-19, duduk di rumah pun boleh jadi sukarelawan. Anda juga berpeluang untuk menyumbang kepada Palestin dan Syria serta membantu pelarian Rohingya.

Justeru, MyCARE membawakan TOV sesi II/2021 sebagai langkah permulaan anda untuk menjadi seorang sukarelawan.

Ayuh sertai kursus induksi sukarelawan MyCARE – TRAINING OF VOLUNTEER (TOV)!

TOV II/2021
Tarikh : 2 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Aplikasi ZOOM
Yuran: RM10

Klik untuk bayar yuran
(RM1 akan ditolak untuk pemprosesan)

Anda akan menerima:

  • Sijil
  • Pen MyCARE
  • Buku nota MyCARE

Selain memperkenal usaha-usaha kemanusiaan MyCARE, kami akan bantu anda merealisasikan cita-cita anda untuk menyumbang kepada kerja-kerja kemanusiaan baik di dalam negara mahupun di luar negara.

Jangan lepaskan peluang untuk luaskan dunia anda sambil berkenalan dengan ‘individu super awesome’ yang berjiwa besar dan sangat prihatin dengan nasib orang lain.

Selepas membuat bayaran, Daftar TOV DI SINI SEKARANG! Tempat adalah terhad!

Jumpa anda di INDUKSI MyCARE! Sebarkan kepada rakan2 anda!

Hubungi Khairiah : 03-8941 2341 (HQ) / 018-383 2458 (WA)

Ikuti saluran Telegram kami
http://t.me/VolunteerMyCARE

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali