Usaha sama MyCARE & MAIS

MyCARE telah berdaftar dengan NGOi-MAIS (Majlis Agama Islam Negeri Selangor) sejak 22 Disember 2016 dengan nombor pendaftaran NGO-i (MAIS) 053-22122016.

Pendaftaran ini telah membawa kepada kerjasama akrab antara MyCARE dengan agensi-agensi MAIS antaranya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Islam Darul Ihsan (YIDE) serta lain-lain.

MyCARE telah menjadi pelaksana untuk beberapa projek tempatan antaranya agihan pek makanan, Back2School, latihan keusahawanan, bengkel jana dana, program bersama kanak-kanak, remaja dan wanita serta pelbagai lagi.

Tahun ini MyCARE membuka tirai aktiviti tempatan dengan program agihan beg, peralatan sekolah, telekung, sejadah, comforter, pengisian tentang isu kemanusiaan terkini, projek 1 tabung 1 keluarga serta projek latihan dan pembangunan wanita kepada kumpulan sasaran.

Antara Program atau Projek tempatan MyCARE untuk awal tahun ini adalah;

1. Agihan sumbangan Back2School di PPR HICOM, Bukit Lanchong, Pandamaran, Klang dan Kulai secara kerjasama dengan Little Caliph.

2. Kelas kemanusiaan sekali sebulan bersama Muslimah An Najah.

3. Pelancaran Projek “Satu Tabung Satu Keluarga” bersama Muslimah An Najah

4. Projek usahawanita bersama Persatuan Wanita PPR HICOM.

Para dermawan yang ingin bersama MyCARE melaksanakan program tempatan boleh menyumbang melalui akaun dan link berikut;

Humanitarian Care Malaysia Berhad

Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
Cimb: 8602 135 592

Untuk maklumat lanjut, hubungi saudara Noorsyazly di talian 012-3614874.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali