[Volunteer] ExploreTrip with Asnaf

Alhamdulillah, pengembaraan adik-adik Asnaf MyPrihatin telah memberi keceriaan dan pengalaman baru dalam mereka meneroka dunia sains dan teknologi.

 

Team sukarelawan MyCARE gerak mengambil adik-adik asnaf seawal jam 5.00 pagi di beberapa kawasan Rawang, Cheras dan Puchong sebelum berkumpul di MyCARE HQ untuk menaiki bas ke Petrosains.

 

“Bila saya tanya, Pernah ke jalan-jalan di KL? Mereka menjawab ‘Tidak pernah, kalau jalan-jalan pun di kawasan pasar sahaja’. Sangat menyentuh jugalah dengan jawapan ini. Iyalah, dengan dunia teknologi ini dan pelbagai kemudahan pengangkutan, rupanya masih ada juga golongan yang belum pernah jejak di bandar Kuala Lumpur,” demikian perkongsian cerita salah seorang sukarelawan, Mastura Hamidun yang menemani adik-adik sepanjang di dalam Petrosains.

 


 

 

 

 

 

 

 

 


 

 


 

 

 

 

 

Antara aktiviti menarik di dalam Petrosains adalah Section Petroleum, Kapal Bergerak, Bekalan Elektrik di Taman Tema dalam berapa Watt, cari punca elektrik dari mana melalui permainan kuiz di komputer dan sebagainya. Aktiviti ini sangat berguna bagi mendedahkan daya pemikiran mereka dengan lebih luas, serta mengembangkan daya kognitif bagi selesaikan masalah. Diharapkan mereka juga boleh berdaya saing untuk generasi masa akan datang.

 

 


 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang menjadi pengiring kepada adik-adik Asnaf dan menjayakan program ini. Ucapan tidak terhingga juga kepada tajaan dari Roti 7DAYS dan semua penyumbang yang memberi sumbangan tajaan tiket masuk, makanan, pengangkutan dan cenderahati kepada adik-adik ini.

 

Terima kasih Orang Baik.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember