“Hari yang penuh semangat telah diisi dengan aktiviti lapangan, sebarkan kesedaran.”
Alhamdulillah, hasil kutipan adalah sebanyak RM6,077.15 dalam 1 hari.
Pada 15 April 2023 (Sabtu) yang lalu, kami, Unit Kesukarelawanan MyCARE, dengan kerjasama bersama tim StandUp Flashmob (SUF) telah turun gempur di sekitar Masjid India dan Bazaar Aidilfitri KL @ Lorong TAR untuk mengumpul sumbangan kempen MyRamadan.
Kempen kesedaran ini dijalankan bertujuan untuk menanamkan sifat cakna dan peduli dengan isu semasa yang terjadi di negara bergejolak seperti di Palestin, Syria, Yaman dan Afghanistan.
Hujan renyai-renyai yang turun tidak mematahkan semangat para sukarelawan untuk turun berkempen. Ditambah pula dengan kehadiran beberapa orang yang menulis ayat sokongan di kain rentang tanda sokongan terhadap kempen yang kami jalankan.
Dalam kesibukan mencari juadah berbuka dan busana raya, ramai juga yang menyumbang ke dalam tabung yang disediakan. Tahniah juga buat ibu bapa yang mendidik anak-anak kecil untuk cakna dan sama-sama membantu mereka yang memerlukan.
Terima kasih rakyat Malaysia. Terima kasih orang baik kerana prihatin akan saudara seislam kita di sana. Semoga dengan sumbangan yang kita salurkan, sedikit sebanyak membantu mereka di sana sekaligus menjadi saham akhirat kita kelak.
Foto: Ibrahim Adham, AmirMujahid, Qistina Diyana
Ayuh teruskan bersama kami membantu mereka yang memerlukan dengan menghulurkan sumbangan di:
ATAU
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadanvol
Hantar bukti pembayaran jika melalui bank transfer ke: