2024 adalah tahun ke-9 Walk4Humanity dianjurkan yang memfokus kepada pengumpulan dana Projek Kaki & Tangan Palsu bagi kanak-kanak Palestin. Alat bantuan sokongan seperti crutches, kerusi roda dan tongkat akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin mendedahkan bahawa secara purata, sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak di Gaza kehilangan satu atau kedua-dua kaki setiap hari akibat peperangan yang berterusan.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Walk4Humanity adalah satu inisiatif solidariti kepada negara yang bergolak dengan mendapatkan dana bagi menjalankan projek Rose2Rose. Berikut adalah antara projek-projek Rose2Rose yang telah dirancangkan:
Ayuhlah kita bersama-sama menjalankan peranan masing-masing dalam menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin dan meletakkan harapan tinggi sesungguhnya keadilan buat mereka pasti akan tiba!
Acara Walk4Humanity 9.0 akan mengumpulkan runner yang prihatin dan memperjuangkan isu-isu kemanusiaan lebih-lebih lagi isu kanak-kanak dan wanita di seluruh dunia.
MyCARE melalui Rose2Rose dengan kerjasama RIMAU menganjurkan larian dengan tema khas Palestin; “Regaining Normalcy” bertujuan mengumpul dana bagi menyalurkan sumbangan dan keperluan kepada wanita dan kanak-kanak Palestin yang kehilangan anggota tubuh badan.
Lock The Date!
28 September 2024, SABTU | Foodcourt UNITEN
6.30am – 11.00am | 5km & 10km
Ayuh berlari dengan membawa mesej kemanusiaan!