Wardah, Kahf & Emina sumbang RM500,000 kepada MyCARE

Pharmacore Technology & Innovation Sdn Bhd melalui jenama kecantikan Halal Wardah, Kahf dan Emina telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM500,000 melalui Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) bagi membantu penduduk di Gaza.

 

Satu majlis ringkas telah diadakan di Klinik Ajwa Seksyen 7 Shah Alam pada 7 Disember 2023 dihadiri oleh personaliti televisyen Dayah Bakar yang juga merupakan jurucakap Wardah di Malaysia, Qawiy yang mewakili Kahf dan Amanda Amry mewakili Emina.

 


 

 

 

 

CEO MyCARE, Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar memberikan perkongsian berkenaan isu terkini di Gaza sebagai ucaptama yang dipengerusikan oleh Pengurus Besar Operasi, Puan Roha Hassan. Majlis turut dihadiri wakil dari MuslimahClothing.Com sebagai penyumbang bersama dalam misi bantuan Ops Ihsan fasa ketiga ini.

 

Sumbangan dalam bentuk alatan perubatan, pek makanan, dan juga bantuan tunai untuk pasukan perubatan di Gaza akan disalurkan melalui Ops Ihsan fasa ketiga yang dijangka diterbangkan ke Mesir pada 18 Disember ini.

 

Penghantaran bantuan kemanusiaan fasa ketiga ini membabitkan 60 tan bantuan kemanusiaan yang akan diterbangkan ke al-Arish, Mesir.

 

 

MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pharmacore Technology & Innovation Sdn Bhd yang juga merupakan anak syarikat dari Paragon Corporation dari Indonesia, atas sumbangan yang disalurkan. Diharapkan supaya sumbangan dari jenama kecantikan Wardah, Kahf dan Emina akan sedikit sebanyak mendatangkan manfaat kepada penduduk Palestin.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali