Winter is coming

Pelarian-pelarian Palestin, Syria, Iraq, Yaman dan lain-lain bakal bergelut dengan kesejukan melampau tidak lama lagi.

Suhu sejuk dan banjir kilat menjadi musuh utama buat masa ini. Dunia menjadi saksi rekod-rekod kematian pada musim sejuk saban tahun.

Jantung mengepam perlahan-lahan, darah berhenti menyalur ke otak, nafas perlahan dan seterusnya maut! Inilah apa yang bakal dihadapi saudara-saudara kita jika kita mengabaikan mereka.

Seperti bedilan bom, musim sejuk juga tidak mengenal mangsa. Bayi dan orang tua adalah golongan yang paling ‘fragile’ untuk menjadi mangsa korban.

Justeru, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan ini melancarkan Kempen Winter Relief 2019 bagi membantu mangsa dan pelarian yang teruk terjejas dengan musim sejuk kali ini.

Pakej RM100 diperkenalkan bagi membantu kelengkapan musim sejuk seperti kelengkapan bayi, bantuan makanan, selimut tebal dan kesihatan.

Bantuan kelengkapan musim sejuk ini sangat dinanti-nantikan oleh mereka. Mengapa?

Kerana jika mereka tidak mempunyai keperluan ini, nyawa menjadi taruhan mereka untuk survive sepanjang musim sejuk. Lebih-lebih lagi bayi dan orang tua!

“Education is the most powerful weapon which you can use to change the world.”

Inilah kata-kata hikmat daripada Nelson Mandela. Pihak MyCARE menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama fokus bersama kami membina generasi yang akan membina semula negara mereka.

Dalam kempen bantuan musim sejuk ini, kami tetap menitik beratkan bantuan pendidikan. MyCARE akan membina sekolah dan menghantar bantuan pendidikan kepada-kepada pelarian Syria.

Untuk pengetahuan anda, seorang pelarian Syria tajaan rakyat Malaysia melalui MyCARE telah berjaya menjadi seorang doktor!

Beliau bercita-cita untuk kembali dan membina semula negara Syria. Inilah apa yang dikatakan Nelson Mandela!

MyCARE menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang dalam Pakej Pendidikan RM300 bagi memberi peluang kepada anak-anak Syria menimba ilmu.

Bantuan pakej RM500 pula akan disalurkan kepada pelarian-pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Seperti kita maklum, hampir setiap hari pasti ada perobohan rumah-rumah milik rakyat Palestin. Antara isu yang menjadi perhatian masyarakat antarabangsa adalah perobohan rumah rakyat Palestin di Wadi Hummus pada Julai lalu.

Dengan hanya menekan suis bom, puluhan keluarga hilang tempat tinggal sekelip mata.

Pada tahun 2019 sahaja, sebanyak 161 buah rumah telah dirobohkan yang menyebabkan 332 orang hilang tempat tinggal.

Bayangkan mereka terpaksa bersejuk di bawah khemah-khemah yang hanya diperbuat dari kanvas dan kain fabrik.

Lebih menyedihkan, jumlah ini belum lagi dicampur dengan mangsa-mangsa yang hilang tempat tinggal pada tahun-tahun sebelumnya.

Bantuan anda pastinya banyak membantu saudara-saudara kita. Kita tidak mahu kejadian MATI KESEJUKAN berulang kembali.

Ayuh bersama membantu mereka!

Pakej RM100
(Bantuan Makanan / Pakaian / Selimut / Tilam / Kelengkapan Bayi / Kesihatan

Pakej RM300
(Pembinaan sekolah dan Bantuan Pendidikan untuk pelarian Syria)

Pakej RM500
(Bantuan Tempat Perlindungan Palestin)

Hulurkan sumbangan anda segera ke:
https://www.billplz.com/mycarewinterrelief

ATAU

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602- 135-592

Sertakan bersama ref ‘WR19′ dan e-mailkan ke winterrelief@mycare.org.my atau WhatsApp/Telegram slip sumbangan anda ke +60183832458 (En. Sazlie)

Minta bantuan sahabat-sahabat semua untuk kongsikan ke group-group supaya lebih ramai yang mendapat bantuan.

Ayuh bantu mereka!

Sumber: United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA), B’Tselem

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember