Winter Relief 2015

Musim sejuk hampir tiba. Kehidupan rakyat Palestin, Syria dan Iraq bakal melalui fasa-fasa lebih mencabar di bulan-bulan mendatang.
Mereka yang kehilangan tempat tinggal, kanak-kanak, wanita mengandung, para pesakit dan warga emas adalah golongan yang terkesan teruk setiap kali musim sejuk. Sedikit kehangatan boleh menyelamatkan nyawa mereka.
Pada 7 Januari 2015, Taufan Huda telah melanda dan mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat di Palestin, Jordan, Lubnan, Syria dan Iraq. Di Gaza sahaja, ia telah menjejaskan kehidupan 110,000 penduduk dan 5 kematian akibat kesejukan yang melampau. Keadaan bertambah teruk dengan kesan pasca perang 51 hari yang telah memusnahkan 20,000 buah rumah manakala sebanyak 1,240 keluarga terpaksa keluar dari rumah mereka kerana cuaca sejuk yang melampau.
Jumlah pelarian Syria kini mencecah 4.5 juta orang. Tahun 2014 mencatatkan 11 pelarian Syria telah terkorban akibat kesejukan, termasuk 2 orang kanak-kanak kembar. Pada tahun ini, kira-kira SATU JUTA kanak-kanak akan menghadapi suhu di bawah sifar tanpa kelengkapan yang cukup, dan hanya berlindung di dalam khemah-khemah sementara. Sementara itu, di Kem Bekaa, Lubnan, 3 warga Syria terkorban atas sebab yang sama. Terkini, seramai 373,429 pelarian Syria menetap di Kem Bekaa, kem yang paling kurang fasiliti dan paling terdedah kepada kematian akibat suhu sejuk yang melampau.
Di Iraq, statistik terkini menunjukkan “Pelarian Dalam Negara” (PDN) Iraq telah meningkat kepada 3.2 juta orang. Mereka ini lari meninggalkan penempatan dengan sehelai sepinggang ke utara Iraq. Di sana, suhu musim sejuk di bawah takat beku sehingga -16 darjah selsius. Keadaan ini pastinya memberi ancaman kesejukan terburuk kepada mereka. Menurut UN, pada tahun 2015, sebanyak 2.8 juta PDN Iraq hidup dalam kekurangan makanan manakala sekitar 800,000 orang terdedah kepada kematian sekiranya tiada bantuan daripada masyaratkat dunia untuk bantuan musim sejuk bernilai USD66 juta.
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melalui agensinya – Aqsa Syarif, i4Syria, Salam Iraq dan Rose2Rose, justeru melancarkan Kempen Winter Relief 2015 (Rayuan Musim Sejuk 2015) sehingga 31 Disember 2015 dengan sasaran bantuan bernilai RM1.5 juta dimana 15,000 warga Palestin, Syria dan Iraq bakal menerima manfaat.
**********
Pakej Sumbangan:
Pakej A = RM100 (selimut tebal, baju sejuk, sarung tangan dan stokin)
Pakej B = RM500 (tilam, selimut tebal, pek makanan, alat pemanas, baju sejuk, sarung tangan dan stokin)
Hulurkan sumbangan anda sekarang atas nama:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904
3) CIMB: 8602- 135-592
Emelkan slip/bukti sumbangan ke account@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 019-6551948
Untuk maklumat lanjut hubungi:
MyCARE HQ: 03-8941 2341 (Puan Raihanah)
Email: relations@mycare.org.my
“Stories in the cold, worth to be told”
#winterstories #winterrelief #MyCARE #AQSA #i4Syria #SalamIraq #R2R

2 comments

    1. Maaf, setakat ini kami hanya menerima sumbangan berbentuk kewangan. Walaubagaimanapun, sumbangan dalam bentuk pakaian dan lain-lain boleh disumbangkan melalui NGO lain seperti Islamic Relief dan Syria Care. [ws]

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember