Winter Relief 2016

Pada 7 Januari 2015, Taufan Huda telah melanda dan mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat di Palestin, Jordan, Lubnan, Syria dan Iraq. Di Gaza sahaja, ia telah menjejaskan kehidupan 110,000 penduduk dan 5 kematian akibat kesejukan yang melampau. Keadaan bertambah teruk dengan kesan pasca perang 51 hari yang telah memusnahkan 20,000 buah rumah manakala sebanyak 1,240 keluarga terpaksa keluar dari rumah mereka kerana cuaca sejuk yang melampau.
Jumlah pelarian Syria kini mencecah 4.5 juta orang. Tahun 2014 mencatatkan 11 pelarian Syria telah terkorban akibat kesejukan, termasuk 2 orang kanak-kanak kembar. Pada tahun ini, kira-kira SATU JUTA kanak-kanak akan menghadapi suhu di bawah sifar tanpa kelengkapan yang cukup, dan hanya berlindung di dalam khemah-khemah sementara. Sementara itu, di Kem Bekaa, Lubnan, 3 warga Syria terkorban atas sebab yang sama. Terkini, seramai 373,429 pelarian Syria menetap di Kem Bekaa, kem yang paling kurang fasiliti dan paling terdedah kepada kematian akibat suhu sejuk yang melampau.


Di Iraq, statistik terkini menunjukkan “Pelarian Dalam Negara” (PDN) Iraq telah meningkat kepada 3.2 juta orang. Mereka ini lari meninggalkan penempatan dengan sehelai sepinggang ke utara Iraq. Di sana, suhu musim sejuk di bawah takat beku sehingga -16 darjah selsius. Keadaan ini pastinya memberi ancaman kesejukan terburuk kepada mereka. Menurut UN, pada tahun 2015, sebanyak 2.8 juta PDN Iraq hidup dalam kekurangan makanan manakala sekitar 800,000 orang terdedah kepada kematian sekiranya tiada bantuan daripada masyaratkat dunia untuk bantuan musim sejuk bernilai USD66 juta.
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melalui agensinya – Aqsa Syarif, i4Syria, Salam Iraq dan Rose2Rose, justeru melancarkan Kempen Winter Relief 2016 (Rayuan Musim Sejuk 2016) sehingga akhir Januari 2017 dengan sasaran bantuan bernilai RM2 juta di mana 15,000 warga Palestin, Syria, Yaman dan Iraq bakal menerima manfaat.
**********

Pakej Sumbangan:
RM150 / unit merangkumi bantuan makanan, pakaian/selimut/tilam atau alat pemanas/bahan bakar mengikut keperluan negara.
*Pengagihan adalah berdasarkan keperluan setiap negara tersebut.
Hulurkan sumbangan anda sekarang atas nama:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904
3) CIMB: 8602-135-592
Emelkan slip/bukti sumbangan ke account@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 019-655 1948.
Untuk maklumat lanjut hubungi:
MyCARE HQ: 03-8941 2341
Email: relations@mycare.org.my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kejohanan Futsal Piala MyCARE 2024

All Eyes On PalestineMyCARE akan menganjurkan KEJOHANAN FUTSAL PIALA MyCARE 2024 – pertandingan akan disertai oleh ratusan anak-anak yatim dari seluruh negeri untuk bersukan sambil

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —