Penyaluran bantuan Winter Relief diteruskan dengan penyaluran kelengkapan menghadapi musim sejuk di Tebing Barat, Palestin.
Sebanyak 435 buah keluarga penerima manfaat menerima bantuan ini dengan kerjasama NGO Sebil İnsani Yardım Derneği.
Antara barang diagihkan adalah:
– 150 alat pemanas elektrik
– 180 selimut tebal
– 186 set pakaian tebal
Bantuan ini disalurkan kepada anak-anak yatim dan keluarga asnaf.
Alhamdulillah, para penerima manfaat sangat menghargai bantuan ini kerana sangat membantu mereka dalam menghadapi musim sejuk serta menambah baik kehidupan mereka.
Jazakumullahu khairan kathira.
Bantuan anda mengubah kehidupan mereka. Lakukan perubahan di:
https://mycare.qrd.by/umum
“Nurturing Humanity, Making a Difference”