[WomenEmpowerment] Projek Ternakan Ayam

MyCARE meneruskan kempen pemerkasaan wanita melalui agensinya Rose2Rose dengan melaksanakan projek ternakan ayam yang dikendalikan oleh seorang balu di Gaza.
 
Reem Ramadan Abdullah Al Nabaheen, 40 tahun berasal dari keluarga luar bandar. Beliau merupakan seorang balu dan satu-satunya pencari nafkah keluarga.
 
Suaminya meninggal dunia tiga tahun lalu, meninggalkan empat anak bersekolah dan seorang anak perempuan di universiti yang memerlukan yuran pengajian.

 


 

 

 

 

 

 
Sebagai permulaan, MyCARE telah menaja 400 ekor anak ayam sebagai sebahagian daripada projek pemerkasaan wanita.
 
Atas pengalaman yang cukup dan usaha keras, Reem Ramadan berjaya menguruskan projek ini serta menggandakan jumlah ayam ternakan.
 
Ekonomi keluarganya juga kini bertambah baik.

 


 

 

 

 

 

 
Terima kasih kepada para penyumbang MyCARE yang sentiasa memberikan sokongan kepada usaha-usaha yang dilaksanakan.
 
“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada

Pek makanan untuk komuniti Rohingya Johor

Menyantuni komuniti Rohingya di sekitar Kampung Teluk Serdang yang diuji dengan musibah banjir serta bingkisan menjelang Syawal untuk memberikan sedikit kegembiraan dan senyuman menjelang syawal