Program pemerkasaan wanita diteruskan dengan projek ternakan lebah dengan kerjasama NGO tempatan Al-Dar Agricultural Organisation melalui agensi MyCARE, Rose2Rose.
Seorang wanita dipilih setelah melepasi penilaian yang turut disahkan oleh Kementerian Kebajikan Gaza. Setelah kematian suaminya, beliau kehilangan mata pencarian dan terpaksa menjual barangan peribadi. Beliau juga melaksanakan pekerjaan dengan kudrat yang bagi menampung perbelanjaan seharian.
Pihak MyCARE telah membekalkan 10 koloni rumah lebah dan keperluan selama 3 bulan kepada penerima manfaat.
Atas pengalaman yang cukup dan usaha keras, penerima manfaat berjaya menguruskan projek ini serta memanfaatkan hasil ternakan.
Ekonomi keluarganya juga kini bertambah baik.
Terima kasih kepada para penyumbang MyCARE yang sentiasa memberikan sokongan kepada usaha-usaha yang dilaksanakan.
Teruskan membantu di:
https://mycare.qrd.by/umum
“Nurturing Humanity, Making a Difference”
[Belasungkawa] Ucapan Takziah Atas Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi
1. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) merakamkan ucapan takziah atas pemergian ke rahmatullah Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada jam 7.10 malam tadi di Institut Jantung