World Orphan Day 8 Nov – 8 Dis 2021

Hari istimewa untuk anak-anak yatim kembali lagi.

Pelbagai program menarik telah diatur oleh MyCARE untuk meraikan anak-anak yatim, penaja, penyumbang serta semua yang ingin bersama membahagiakan anak-anak yatim walau di mana pun mereka berada.

Antara aktivti yang akan berlangsung mulai 8 November – 8 Disember ialah;

1. Meet and Greet 2.0 – Aktiviti ini adalah kesinambungan daripada aktiviti Meet and Greet 1.0 yang berlangsung sepanjang Mac-April baru-baru ini.

2. Kempen Dana Penajaan “Donate From Home”.

3. World Orphans Day Screemasters – Video Competition.

4. We Love We Care – Aktiviti menyantuni anak-anak yatim secara kolaborasi dengan IPT dan rumah-rumah anak yatim sekitar Selangor.

5. Talk “Children of Paradise”

6. Misi agihan sumbangan untuk anak-anak yatim dan asnaf

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program, boleh hubungi atau WhatsApp nombor penajaan, 013-7444760 (Raimi / Sofia).

Para dermawan yang ingin menaja anak-anak yatim boleh klik link ini, dan mengisi maklumat di dalam borang yang disediakan.

Manakala yang ingin menyumbang seikhlasnya tanpa menaja anak yatim secara berterusan, boleh klik dan menyumbang dilink berikut; https//donate.mycare.org.my/c/ay atau scan QR Code yang terdapat di poster.

Kami yakin kita semua sangat teruja untuk melukis kegembiraan di wajah anak-anak yatim dan asnaf. Oleh itu nantikan dan ikuti hebahan setiap aktiviti sepanjang bulan ini dari masa ke semasa.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali