World Refugee Day | 20 Jun

Pada hari ini, keganasan dan konflik perang menjadi asbab berjuta-juta keluarga dari seluruh dunia melarikan diri. Sempena Hari Pelarian Sedunia, agensi-agensi kemanusiaan termasuk MyCARE menyeru pemimpin-pemimpin dunia untuk turut bersama membantu pelarian-pelarian tidak kira di mana sahaja.
Pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa besar wajib membantu menghentikan peperangan yang telah memakan berjuta-juta nyawa tidak kira sama ada di Palestin, Syria, Iraq, Rohingya, Afrika dan sebagainya.
Kami juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus membantu mangsa-mangsa perang yang masih bertahan di negara sendiri atau sudah melarikan diri ke negara lain.
Jom bersama kami membantu saudara-saudara kita yang serba kekurangan di dalam menyambut Ramadhan dan Raya ini.
Sumbangkan sedikit untuk Makanan atau Hadiah Raya di https://www.billplz.com/myramadan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[MyRamadan] Tebing Barat, Palestin

Ramadan di Tebing Barat terus menjadi cabaran buat keluarga yang hidup dalam kesempitan.   Harga barang keperluan semakin tinggi, peluang pekerjaan semakin berkurang, dan ramai

Infaq 10 akhir Ramadan

Di Yaman, sekitar 500,000 kanak-kanak memerlukan rawatan untuk kekurangan zat makanan yang teruk, dan 17.8 juta orang kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan asas.Di Gaza, serangan

Shopping Raya Asnaf

Hari Raya adalah detik yang penuh makna, tetapi bagi keluarga asnaf, persiapan menyambut Syawal sering kali menjadi cabaran.   Dengan sokongan daripada Kausar Group melalui