Ahli misi berkesempatan menziarahi keluarga Ummu Ahmad, keluarga angkat i4S Jordan. Ummu Ahmad dan anak-anaknya sudah berada di Jordan sejak tahun 2012. Mereka sekeluarga berasal dari Daraa, tempat mulanya revolusi Syria. Suaminya syahid dalam pertempuran dengan tentera kerajaan.
Untuk meringankan beban Ummu Ahmad sekeluarga, i4S Jordan membantu mempromosikan masakan beliau untuk dijual dalam program-program anjuran mereka. Sukarelawan i4S Jordan turut menawarkan khidmat tuisyen percuma kepada anak-anak syuhada ini. Alhamdulillah anak-anak ini menunjukkan prestasi yang cemerlang di sekolah.
Sebelum pulang, ahli misi Pn. Sharifah, bersetuju untuk mengambil Aisyah, anak bongsu ini sebagai anak angkat beliau melalui Program Penajaan Anak Yatim MyCARE. Alhamdulillah.
Jika anda berminat untuk menyertai Program Penajaan Anak Yatim MyCARE secara bulanan, lawati: http://bit.ly/JomTaja
Atau menyumbang semampu anda di https://www.billplz.com/orange4orphan
Bakul Makanan Gaza
Setiap hari, ribuan keluarga di Gaza berdepan dengan kelaparan dan kekurangan makanan akibat gangguan bekalan makanan. Dengan hanya RM200, anda dapat menyediakan pek makanan yang