Ziarah Mahabbah Rohingya

SERDANG, 1 Februari 2020 – Program Ziarah Mahabbah Komuniti Rohingya ke 3 tempat di sekitar Selangor memberi pengertian amat bermakna dan terkesan buat kesemua sukarelawan ketika melihat anak-anak dan seluruh ahli keluarga Rohingya ini tersenyum dan gembira menerima kehadiran kami.

Penjelajahan bermula di awal pagi ke Komuniti Rohingya Sungai Sekamat untuk menziarahi dan menyelami dengan lebih dekat kehidupan mereka d isamping memberi gambaran sebenar kepada sukarelawan agar dapat memahami cabaran yang dihadapi oleh pelarian Rohingya ini dalam menjalani kehidupan seharian di Malaysia.

Jelajah diteruskan ke tempat di mana anak-anak ini belajar di Madrasah Bukit Mewah, Kajang dan Maahad Tahfiz MyCARE, Serdang yang diserikan dengan aktiviti psikososial seperti “Seni Mewarna” untuk anak-anak kecil, “Kenali Cita-Cita” untuk anak-anak remaja yang rata-rata mahu menjadi askar dan “Riadah Petang” untuk aktiviti sukaneka.

Syabas diucapkan kepada semua sukarelawan MyCARE yang telah mengendalikan program ini dalam menyantuni komuniti, memberi semangat kepada anak-anak ini untuk terus belajar disamping memberi kemeriahan dan keceriaan buat mereka.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Penghargaan terima kasih juga diucapkan kepada semua penyumbang yang telah bersama kami menjayakan program ini.

Teruskan bersama kami menjayakan projek sukarelawan untuk menyantuni pelarian Rohingya di Malaysia sama ada di komuniti atau madrasah tempat anak-anak ini belajar.

Salurkan sumbangan kepada akaun :

https://www.billplz.com/ziarahrohingya

atau

Humanitarian Care Malaysia
CIMB – 8602 135 592

Rujukan sumbangan : ZiarahRohingya

Daftar sukarelawan di website MyCARE sekarang! https://mycare.org.my/get-involved/

Ikuti saluran Telegram untuk mengetahui aktiviti sukarelawan!
http://t.me/VolunteerMyCARE

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember