ZUS Coffee salur RM100,000 kepada MyCARE bantu rakyat Palestin

ZUS Coffee telah menyumbang RM100,000 melalui Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) bagi membantu keperluan mendesak penduduk di Gaza dan Rafah.

 

Satu pertemuan kerjasama strategik yang diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, Venon Tian, Pengerusi MyCARE, Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar.

 

Perbincangan kerjasama strategik ini akan turut melibatkan bantuan projek di dalam negara di antara MyCARE dan ZUS Coffee.

 


 

 

 

 

 

Salah satu objektif MyCARE adalah membina hubungan dan jalinan kerjasama strategik dengan semua pihak. Sehubungan itu, MyCARE amat mengalu-alukan kolaborasi dalam pelbagai sudut atas dasar kemanusiaan.

 

Pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) ingin menzahirkan setinggi penghargaan di atas keprihatinan dan kerjasama dari ZUS Coffee dalam membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk