Semalam, MyCARE berkongsi operasi โAid Convoyโ penyaluran bantuan makanan kepada 24,000 penduduk miskin Gaza yang melibatkan 4000 pek makanan keluarga yang diagihkan ke seluruh Gaza dengan 10 buah trak. Perancangan dan perlaksanaan operasi ini mengambil masa lebih sebulan.
Sebagai sebahagian dari ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ธ๐ฒ๐๐ฒ๐น๐๐๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฟ๐๐-๐๐ฎ๐ฑ๐ฏ๐ถ๐ฟ ๐ธ๐ฒ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ ๐๐๐๐ฅ๐, ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ ๐บ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ-๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ๐ป๐๐ฎ, MyCARE telah mengadakan tawaran tender terbuka untuk program tersebut kepada pembekal-pembekal yang beroperasi di Gaza untuk membuat tawaran harga dan bekalan makanan yang keseluruhannya bernilai setengah juta ringgit.
Tawaran tender ini telah di iklankan di muka surat 3 di dalam akhbar utama di Gaza โFelesteenโ pada 7 dan 8 Jun 2021. Dilampirkan gambar dan terjemahan iklan tender untuk rujukan bersama. Laporan penuh operasi โAid Convoy : from Malaysia to Gazaโ boleh diikuti di Facebook MyCARE
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐๐บ๐๐บ๐ฎ๐ป ๐ง๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ฟ (๐ ๐๐๐๐ฅ๐-๐.๐ข.-๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ฎ/๐ฌ๐ฎ)
Pejabat MyCARE membuka tender kepada syarikat dan pembekal yang berkepakaran dan berdaftar dengan kerajaan untuk mengemukakan tawaran mereka dalam dokumen tender yang bertutup:
โ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ถ๐ฎ๐ฝ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐น๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐๐ป๐ด๐ธ๐๐๐ฎ๐ป ๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ท๐ฒ๐ธ ๐ฏ๐ฎ๐ป๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ถ ๐บ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ ๐ฑ๐ถ ๐๐ฎ๐๐ฎโ
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
1. Petender mestilah salah satu syarikat yang beroperasi di Semenanjung Gaza dan berdaftar dengan kerajaan. Petender dikehendaki untuk mengemukakan salinan pelepasan cukai terakhir dan salinan pendaftaran komersial syarikat.
2. Harga tender adalah di dalam Dollar US termasuk cukai (VAT).
3. Semua harga yang ditetapkan oleh penender ke atas semua item tawaran dalam jadual kuantiti dan spesifikasi yang dikemukakan dianggap lengkap dan menyeluruh untuk menyelesaikan kerja yang diperlukan.
4. Harga yang ditawarkan adalah sah untuk jangkamasa minima 60 hari dari tarikh dokumen tender dibuka.
5. Dokumen bidaan boleh dibeli dari:
MyCARE – Pejabat Gaza,
Tingkat Lima, Bangunan Gardens,
Jalan Omar Al-Mukhtar.
[di seberang Taman Perbandaran]
dengan bayaran 200 syekel yang tidak akan dikembalikan, bermula dari hari Isnin 7/6/2021 hingga Selasa 8/6/2021 pada waktu pejabat. Pembelian tender diterima dari jam 8:00 pagi hingga 2:00 petang.
6. Tawaran hendaklah disertakan dengan jaminan kemasukan tawaran 10% dari nilai tawaran dan sah selama satu bulan dari tarikh dikemukakan.
7. Penawar yang berjaya hendaklah mengemukakan jaminan prestasi (performance guarantee) 10% dari nilai kontrak, sah-laku selama 2 tahun, sehari selepas tarikh pemberitahuan perlantikan.
8. Tarikh akhir untuk mengemukakan tawaran ditutup dan di cop ke atas semua dokumen adalah pada hari Khamis 10/6/2021 jam 2 petang di pejabat MyCARE. Tiada tawaran akan diterima selepas tarikh ini, dan dokumen tender akan dibuka pada hari yang sama.
9. MyCARE tidak berkewajiban untuk menerima harga terendah, dan berhak untuk menerima atau menolak mana-mana tawaran atau membatalkan tawaran sepenuhnya tanpa memikul tanggungjawab atau memberi sebarang alasan, dan tanpa ada sesiapa yang berhak untuk menentang dengan cara apa pun.
10. Penender yang berjaya juga akan menanggung bayaran iklan tender di surat khabar selama dua hari.
Dengan tawaran tender terbuka ini, MyCARE telah berjaya menyantuni 24,000 orang penerima manfaat di seluruh Gaza. MyCARE akan sentiasa menekankan ketelusan dan memastikan urus tadbir kewangan yang baik dalam menggalas amanah rakyat Malaysia.
Baca juga mengenai audit dan hala tuju MyCARE di
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”